BINTANG tenis Ash Barty mungkin telah bersara tahun lalu, tetapi populariti dan tarikan komersialnya di Australia berada pada kedudukan tertinggi sepanjang masa mendahului bintang seperti Roger Federer, Rafael Nadal dan juga bintang Hollywood Hugh Jackman.

Juara grand slam berusia 26 tahun itu baru-baru ini menduduki tempat No. 1 mengatasi beberapa nama terbesar dalam perniagaan dan dilihat memiliki potensi pasaran atlet di Australia.

Barty mengatasi Federer dan Nadal dengan pemain tenis dan Pemain Terbaik Australia, Dylan Alcott di tempat keempat.

Pemain kriket Pat Cummins dan Steve Smith juga berada dalam 10 teratas, tetapi Nick Kyrgios tidak berjaya.

Barty kekal di tempat teratas, mengenepikan Hugh Jackman dan pemuzik Ed Sheeran.

Gadis emas Australia itu masih menjadi harta yang sangat hangat untuk penaja,  termasuk gergasi telekomunikasi Optus, UKG, Marriott, RADO, Qantas, Vegemite dan AIA.

Walaupun tidak bermain lagi, Barty juga masih disokong oleh penaja peralatan tenis FILA dan Head.

Bulan lalu Barty menang dengan Anugerah The Don dianggap penghormatan tertinggi dalam sukan Australia kerana semangat juangnya di gelanggang dan kerendahan hati di luar gelanggang, menjadi atlet ketiga yang merangkul gelaram buat kali kedua.

Disember lalu Barty juga merangkul penghormatan tertinggi tenis Australia, Pingat Newcombe, untuk rekod tahun kelima berturut-turut.

Menariknya, Barty juga merupakan tokoh Australia yang paling banyak dalam carian pada 2022, malah menolak Perdana Menteri Anthony Albanese.’

Bekas pemain nombor satu dunia itu telah menolak semua cadangan bahawa dia mungkin kembali ke sukan profesional pada masa hadapan dan tidak seperti kebanyakan bekas atlet profesional, Barty sama sekali tidak menyesali keputusannya untuk bersara.

‘Sejujurnya, saya rasa apa yang paling mengejutkan saya ialah betapa selesanya saya.

‘Saya fikir mungkin ada ketakutan biasa atau ketidakpastian dalam tidak mengetahui bagaimana kehidupan saya akan kelihatan selepas tenis,” tegasnya.