SEORANG jutawan bekas pemilik Billericay Town yang telah melabur sejumlah wang besar pada bintang Liga Perdana kini dalam pelarian daripada polis.
Pemilik kelab bola sepak Essex itu kini dikejar oleh polis Hertfordshire kerana gagal hadir ke mahkamah.
Glenn Tamplin, 57, memiliki sebuah rumah agam bernilai £18 juta (RM106.72 juta) dan mempunyai koleksi kereta mewah yang mahal. Awal tahun ini, dia telah mempamerkan tanah seluas 69 ekar di Abridge, Essex.
Polis telah menyebarkan gambar mugshot muka Tamplin dan meminta bantuan orang ramai untuk mencarinya kerana dia sepatutnya hadir ke mahkamah berhubung melanggar perintah mahkamah.
Glenn Tamplin has cocaine and community order arrest warrants issued against him
✍️ @ben_rumsby#TelegraphFootball
— Telegraph Football (@TeleFootball) December 14, 2023
Tamplin yang pernah menggesa pemain memanggilnya ‘Daddy Pig’ pernah memegang jawatan di Billericay Town.
Semasa menjadi pemilik di sana, dia membawa bintang-bintang Liga Perdana seperti Jamie O’Hara, Jermaine Pennant dan Paul Konchesky ke kelab tersebut.
Di Billericay, Tamplin melabur sebanyak £2 juta (RM11.86 juta) untuk kelab itu, termasuk padang baru, penambahbaikan stadium, dan lukisan mural gergasi yang dikatakan diterima daripada Tuhan.
Tamplin menjadi pengurus pada tahun 2017, sebelum memecat dirinya sendiri pada Februari 2018, melantik semula dirinya dua hari selepas itu dan kemudian meletak jawatan secara kekal pada April.
Pada 2019, dia meletak jawatan di Billericay kerana mendapat ugutan dari peminat, sebelum mengumumkan kembali ke dunia bola sepak dengan Romford pada September tahun yang sama.
Apabila Tamplin akhirnya berhenti dari Billericay, dia menghabiskan 16 bulan di Romford peringkat kelapan sebelum meletak jawatan dan dilaporkan berpindah ke luar negara.
Polis Hertfordshire berkata dia dikehendaki kerana gagal hadir dua kali ke mahkamah dan alamat terakhirnya yang diketahui adalah di Watford dan Essex.
“Glenn Tamplin masih dikehendaki. Waran dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret St Albans pada 12 Julai kerana gagal mematuhi perintah komuniti antara 19 Oktober 2022 dan 4 November 2022.”
“Satu lagi waran dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret St Albans pada 3 Oktober kerana memiliki dadah terkawal kelas A (kokain) pada 9 Mei.”