Bodo/Glimt melakar pencapaian terbesar dalam sejarah kelab itu apabila menang 2-1 ke atas Inter Milan sekali gus mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara secara agregat 5-2, awal pagi tadi.

Mendahului 3-1 daripada aksi pertama minggu lalu di Arctic Circle, gol babak kedua daripada Jens Petter Hauge dan Hakon Evjen mengejutkan San Siro serta mengatur pertemuan dengan sama ada Manchester City atau Sporting Lisbon pada pusingan seterusnya.

Lebih 3,000 penyokong hadir ke Milan bagi menyaksikan pasukan mereka meneruskan musim penampilan sulung yang luar biasa pada pertandingan kelab elit Eropah itu, jumlah besar bagi kelab dari bandar yang hanya mempunyai sekitar 50,000 penduduk.

Jumlah penonton di San Siro juga 20,000 lebih ramai daripada keseluruhan penduduk di Bodo dan kebanyakan mereka pulang kecewa selepas Inter yang hanya menjaringkan gol lewat menerusi Alessandro Bastoni gagal bangkit seperti diharapkan jurulatih mereka Cristian Chivu.