BAHAGIAN Perancangan Strategik (BPS) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu isu antara mereka dan persatuan sukan terutamanya Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) segera ditamatkan demi masa depan sukan negara.

Timbalan Setiausaha Bahagian (Seksyen Sukan) Bahagian Perancangan Strategik KPT, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, pihaknya bersedia untuk mengadakan perjumpaan dengan PWM untuk menjernihkan keadaan.

“Kita ketepikan semua isu yang tidak diperlukan, saya nak maklumkan bahawa pihak kami mempunyai hubungan baik dengan semua persatuan sukan termasuk wushu.

“Demi atlet negara, kita akan berjumpa dengan PWM untuk jernihkan keadaan.

Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM), Datuk Chong Kim Fatt terkilan dengan sikap KPT.

“Kita juga sentiasa berikan keutamaan kepada MSN dan persatuan, jika mereka tidak boleh lepaskan atlet kita tidak akan membantah.

“Apa yang pasti setiap kebajikan atlet kita akan berikan keutamaan dalam apa jua kejohanan,” katanya, ketika diminta mengulas mengenai keputusan PWM untuk tidak melepaskan atlet wushu mengambil bahagian dalam kalendar sukan IPT, selepas mendapati institusi pengajian terbabit tidak pernah menghormati usaha persatuan dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang melahirkan atlet sehingga KPT seolah-olah atlet yang meraih emas di kejohanan di peringkat pengajian tinggi dilahirkan kementerian terbabit.

Terdahulu, Wushu Malaysia (PWM) membuat keputusan drastik memutuskan segala bentuk kerjasama dengan Seksyen Sukan, BPS, KPT berkuatkuasa serta merta.

Fokus… Sydney Chin lebih tenang ketika bersaing di Sukan Asia Hangzhou.

Presiden PWM, Datuk Chong Kim Fatt berkata, keputusan dibuat persatuan itu bermakna, pihaknya juga tidak akan menghantar mana-mana atlet wushu negara untuk menyertai apa jua kejohanan yang dikelolakan oleh seksyen sukan berkenaan pada masa akan datang.

Kim Fatt berkata, pihaknya membuat keputusan berkenaan selepas Seksyen Sukan BPS, KPT tidak menghormati, tidak menyokong dan tidak pernah menjalankan sebarang program pembangunan untuk sukan wushu di Malaysia selama ini.

Malah Kim Fatt mendakwa, KPT seolah-olah tiada perancangan rapi untuk menghantar atlet menyertai kejohanan, apabila keputusan dibuat pada saat akhir ketika atlet tidak bersedia.

Senario terbabit bukan hanya merugikan negara menghantar atlet yang tidak bersedia malah merisikokan atlet yang terdedah kepada kecederaan.