
Hernan Lopez ‘kantoi’ rasuah pegawai bola sepak

BEKAS eksekutif 21st Century Fox disabitkan bersalah kerana merasuah pegawai bola sepak untuk memenangi hak penyiaran lumayan kejohanan manakala bekas eksekutif kedua yang dituduh melakukan jenayah yang sama dibebaskan.
Syarikat pemasaran sukan Uruguay Full Play turut disabitkan kesalahan.
Hernan Lopez disabitkan melakukan kesalahan itu pada hari Khamis kerana terlibat dalam konspirasi penipuan dan pengubahan wang haram bagi mendapatkan maklumat dalaman untuk memastikan hak penyiaran menjadi milik syarikat penyiaran Amerika Syarikat (AS) pada Piala Dunia 2018 dan 2022. Bekas rakan sekerjanya Carlos Martinez didapati tidak bersalah oleh juri selepas kira-kira tiga hari setengah perbicaraan.
Perbicaraan berlangsung di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York, susulan serbuan dilakukan badan induk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang menyerbu sebuah hotel mewah di Zurich pada subuh Mei 2015.
Siasatan membabitkan beberapa nama terbesar dalam sukan itu, termasuk Joseph Sepp Blatter, yang disingkirkan sebagai presiden Fifa selepas 17 tahun memegang jawatan itu.
Dua lagi bekas pegawai Fifa telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman selepas perbicaraan pada 2017, dengan AS memperoleh berpuluh-puluh pengakuan bersalah lain sebagai sebahagian daripada tindakan tegas.
Sementara itu, syarikat pemasaran sukan Full Play Group, turut dibicarakan di Brooklyn kerana didakwa membayar berjuta-juta dolar setahun sebagai rasuah kepada pegawai di Conmebol, badan induk bola sepak Amerika Selatan, selain disabitkan dengan semua enam pertuduhan yang dihadapinya.
Carlos Ortiz, peguam yang mewakili Full Play, memberitahu juri dalam hujah penutup pada 2 Mac bahawa bos bola sepak Amerika Selatan dengan penuh semangat menerima bayaran sedemikian selama beberapa generasi dan begitulah cara perniagaan dilakukan.
Lopez, Martinez dan Full Play semuanya didakwa pada bulan April.
Lopez ialah ketua pegawai eksekutif Fox International Channels, dan Martinez eksekutif berpangkat tinggi di Fox Latin America Channel, turut didakwa.
Fox International adalah sebahagian daripada 21st Century Fox yang Fox Corp, yang digabung dan dijual kepada Walt Disney Co pada tahun 2019.
Pihak pembelaan mengasak keterangan saksi bintang Alejandro Burzaco, yang menghabiskan 11 hari di tempat duduk semasa perbicaraan.
Burzaco, bekas ketua pegawai eksekutif syarikat pemasaran sukan Torneos y Competencias SA, memberi keterangan bahawa syarikat itu berusaha untuk menggunakan hak siaran TV yang disifatkan: “untuk mengembangkan isyarat Foxnya di seluruh benua Amerika, dari Argentina ke Amerika Syarikat.” – Agensi