PENGENDALI Perak FC, Yusri Che Lah akui gol awal pasukan Terengganu FC merentap semangat perjuangan dalam aksi penutup Liga Super 2023.

Pada pertembungan di Gong Badak itu, skuad Penyu mendapat gol pertama pada minit keenam menerusi penyerang kelahiran Croatia, Ivan Mamut yang mudah menolak masuk bola kesilapan pertahanan dan penjaga gol skuad The Bos Gaurus, Farhan Abdul Majid.

“Syukur Alhamdulillah, walaupun kami tewas, ia adalah keputusan yang terbaik buat pasukan dan tahniah kepada Terengganu yang pamer aksi baik sehinggakan kami tak mampu bangkit.

“Kami sentiasa dibelakang daripada awal dan jaringan awal yang kita terima sebenarnya adalah membunuh.

“Apa yang berlaku pada malam ini saya perlu bertanggungjawab atas kekalahan,” ujar Yusri selepas perlawanan.

May be an image of 1 person, playing football, playing American football and text

Jurulatih kelahiran berusia 47 asal Perlis berkata, rombakan perlu dilakukan demi memberikan lebih saingan pada musim hadapan.

Katanya, mutu permainan ataupun prestasi jika ingin bersaing di pentas lebih tinggi tidak akan tercapai kerana masih lagi berada pada takuk yang sama.

“Kita perlu melakukan penambahan. Kami tidak tidak lagi sentiasa beraksi di dalam keadaan tertekan kerana level of all players yang kita miliki hari ini.

“Kita kita terpaksa melakukan rombakan dengan memasukkan pemain baru. Sama ada lokal ataupun pemain import, kita rasakan wajib penuhi kerana tiga perlawanan sebelum ini kami gagal menjaringkan sebarang gol,” katanya.

May be an image of 2 people, people playing American football, people playing football and text

Tambah Yusri, dua posisi penyerang dan penjaga gol amat mustahak dan dirinya harus segera mendapatkan calon sesuai dengan bajet yang ada.

“Kita perlu teliti dan perlu kita penuhi untuk musim hadapan,” katanya.

Perak menamatkan kempen Liga Super di kedudukan ke-11, meraih 22 mata selepas meraih enam menang dan empat seri.