KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi menegaskan pendirian mereka terhadap penderaan kanak-kanak. Desakan ini berkaitan kes penderaan kanak-kanak istimewa yang sedang tular di seluruh negara.
Menerusi hantaran di laman sosial rasmi kelab, JDT lantang mengatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu dilindungi dalam apa cara sekalipun.
“Tidak seharusnya ada kanak-kanak yang hidup dalam ketakutan terhadap keganasan atau penderaan.”
“Berhubung dengan kes #JusticeForBella, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin menyatakan pendirian tegas kami terhadap penderaan kanak-kanak.”
“JDT menggesa setiap anggota masyarakat untuk melindungi kanak-kanak dengan sentiasa berwaspada terhadap sebarang perbuatan yang mencurigakan melibatkan penderaan kanak-kanak dalam sebarang bentuk yang boleh terjadi. Jika anda mengesyaki sesuatu, sila laporkan dengan segera.”
JDT muncul kelab bola sepak pertama yang menyatakan solidariti terhadap Bella dan diharap semua masyarakat dapat berganding bahu dalam memastikan perkara seperti ini tidak lagi berulang.
Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella. Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini. pic.twitter.com/TEDzwfa96L
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 16, 2022
Dalam perkembangan yang sama, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut memuat naik hantaran menyatakan hajat untuk menawarkan khidmat peguam-peguamnya dalam kes ini dan akan berhubung dengan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita, Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.