Go back

Your message has been sent

Warning
Warning
Warning
Warning

Warning.

SEBANYAK 13 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan ragbi wanita merebut trofi Piala Adun Kg Tunku pada kejohanan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini.

Kejohanan anjuran Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) itu, bakal berlangsung di Padang Astaka, Petaling Jaya, Selangor.

Setiausaha Kehormat KRS, Tham Thiam Jin berkata, buat julung kali KRS menganjurkan kejohanan wanita membabitkan Kategori Terbuka Wanita 10 sepasukan dan Kategori Wanita Bawah 16 Tahun (B-16) 7 sepasukan.

Setiausaha Kehormat KRS, Tan Thiam Jin bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lim Yi Wei, menunjukkan logo kejohanan pada Majlis Pelancaran Kejohanan Ragbi Wanita KRS 2022 di Petaling Jaya

“Tujuan kita menganjurkan dua kejohanan ini adalah untuk mempromosi sukan ragbi di peringkat akar umbi selain mempromosi Malaysia sebagai destinasi pepancongan sukan ” kata Thiam Jin, dalam sidang media di Petaling Jaya pada Rabu.

Setiausaha Kehormat Kesatua Ragbi Selangor berharap mendapat sokongan padu penaja untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan di masa akan datang

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lim Yi Wei.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku menjadi penaja utama kejohanan terbabit yang turut mendapat sokongan Torpedo Resources, Scaffold Master Sdn Bhd dan Big Belly Media.

Dia berkata, enam pasukan bersaing dalam Kategori Terbuka 10 sepasukan, terdiri daripada Simba RC, UPM Angels, KL Tigers RFC, Cobra Venom, Dingoes RC dan wakil Singapura Bedok Kings RFC.

Sementara itu, tujuh pasukan bersaing dalam Kategori B16 tahun 7 sepasukan pula membabitkan SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, SMK Lembah Keramat, SMK Sri Andalas Klang, SMK Bukit arahman Putra, Shah Alam-Klang Girls Rugby Club (SAK GRC) dan SMK Dato Ahmad Razali.

“Pada Sukan Malaysia (Sukma) lalu, kita tidak menyangka Selangor merangkul dua pingat perak ragbi lelaki dan wanita. Jadi, kita berasa boleh menghadirkan pingat emas untuk Sukma 2024 nanti.

“Jadi, kejohanan ini juga bakal menjadi medan mencari bakat baru peringkat akar umbi,” katanya lagi.

Sementara itu , Yi Wei berkata, pihaknya tampil menjadi penaja utama kerana mendapati tidak banyak program ragbi di peringkat sekolah, malah bukan semua sekolah terlibat dalam ragbi.

“Sukan ini dianggap kasar dan sinonim dengan lelaki. Tapi saya mahu membudayakannya kepada golongan wanita, bukan hanya membudayakan ekonomi dan politik sahaja.

“Idea menggunakan nama Piala Adun Kg Tunku pula, adalah sebahagian daripada usaha bagi memastikan kejohanan ini berterusan selepas ini,” kata Yi Wei.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lim Yi Wei, memberi sokongan padu kepada kejohanan ragbi anjuran KRS

Juara dan naib juara bakal membawa pulang trofi dan medal.

Sebelum ini pada 2018 dan 2019, KRS menganjurkan kejohanan Ragbi Terbuka Wanita 7 sepasukan namun tidak dapat menganjurkannya setelah negara berdepan situasi pandemik.

Menurut Thiam Jin, jika mendapat sambutan baik daripada penaja, KRS bercadang menganjurkan tiga kategori iaitu Terbuka Wanita 7 sepasukan, Terbuka Wanita 10 sepasukan dan B16 wanita 7 sepasukan, pada tahun hadapan.

 

-tamat-