Liverpool meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Wolverhampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris 2024/2025 di Anfield, pada Isnin.
Skuad kendalian Arne Slot bermula cemerlang dengan dua gol pada babak pertama. Luis Diaz membuka jaringan pada minit ke-15 sebelum Mohamed Salah menggandakan kelebihan menerusi sepakan penalti pada minit ke-37.
Wolves bangkit pada babak kedua dan merapatkan jurang menerusi Matheus Cunha pada minit ke-67, tetapi The Reds berjaya mempertahankan kelebihan sehingga wisel penamat.
Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan Liverpool di puncak liga dengan 60 mata, tujuh mata di hadapan Arsenal yang berada di tangga kedua.