SERGIO Busquets menyifatkan kekalahan kepada Maghribi sebagai kekalahan kejam.
Pastinya kekalahan itu memeritkan Sepanyol apa lagi mereka gagal menjaringkan sebarang gol pada penentuan penalti.
“Ia menyedihkan. Ia ditentukan menerusi sepakan penalti yang cukup kejam. Ia amat sukar buat kami.
“Kami cuba memenatkan mereka, biarkan mereka berlari, mencari ruang. Namun kami tidak bernasib baik dengan sentuhan terakhir,” kata Busquets.

Reaksi pemain Sepanyol ketika mereka gagal menjaringkan gol pada penentuan sepakan penalti, ketika tewas kepada Maghribi.
Busquets, 34, bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada dia akan terus bersama pasukan kebangsaan.
MOROCCO SEND SPAIN HOME 🇲🇦 pic.twitter.com/E1jpJoWK8c
— GOAL (@goal) December 6, 2022
“Sekarang yang penting ialah pasukan kebangsaan dan bukan saya. Ia malam yang sukar dan kami perlu bangkit serta menggunakan pengalaman ini untuk perlawanan kami. Pemain-pemain muda yang ada akan membantu pasukan,” katanya.
Maghribi kendalian Walid Regragui akan berdepan Portugal pada suku akhir – pencapaian terbaik mereka selepas tersingkir di peringkat 16 terakhir pada edisi 1986.

Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou beraksi ketika penentuan penalti menentang Sepanyol di pusingan 16 terakhir Piala Dunia di Stadium Education City, Doha.
Sepanyol meletakkan harapan untuk mengulangi kejayaan Piala Dunia 2010 selepas mara ke separuh akhir Euro 2020, di mana mereka tewas penentuan penalti kepada Itali.
Luis Enrique told his Spain side to practice 1,000 penalties before the World Cup.
They scored zero in their shootout with Morocco 🤐 pic.twitter.com/v5ohTgF00n
— ESPN UK (@ESPNUK) December 6, 2022
Achraf Hakimi menjaringkan penalti kemenangan untuk menyingkirkan Sepanyol dan membawa Maghribi ke suku akhir Piala Dunia buat pertama kali, memenangi penentuan penalti 3-0 selepas terikat 0-0 di Stadium Education City, Doha.
Morocco have conceded just ONE goal through 4 World Cup matches and are now headed to their FIRST EVER World Cup quarterfinal 🇲🇦
They drew Croatia and defeated both Belgium and Spain in the process 😮
What an incredible story 👏 pic.twitter.com/KPIKwEBX0J
— ESPN FC (@ESPNFC) December 6, 2022
Pengendali Sepanyol, Luis Enrique mendakwa pasukannya melakukan persediaan untuk perlawanan itu dengan mengambil 1,000 sepakan penalti, tetapi Pablo Sarabia, Carlos Soler dan Sergio Busquets gagal menyempurnakan sepakan mereka.
The Morocco national anthem is incredible…passion to the max ! 🇲🇦🔥🇲🇦 pic.twitter.com/xZxSw8DLGa
— VUJ (@DavidVujanic) November 23, 2022
Sarabia yang dimasukkan lewat permainan, hampir meletakkan Sepanyol di depan pada minit terakhir masa tambahan, namun rembatannya terkena tiang. Dia kemudian mengambil penalti pertama Sepanyol, tetapi turut terkena tiang.
– AFP