MANCHESTER United menewaskan Leicester City 2-1 untuk melangkah ke pusingan kelima Piala FA.
Bobby De Cordova-Reid membuka tirai jaringan pada minit ke-42 apabila menanduk masuk bola muntah selepas rembatan Wilfred Ndidi dihalang.
Joshua Zirkzee yang masuk sebagai pemain gantian menyamakan kedudukan buat The Red Devils pada separuh masa kedua, menyempurnakan peluang dari jarak lapan ela.
Ketika perlawanan hampir tamat, Harry Maguire muncul wira United dengan tandukan padu yang memastikan kemenangan 2-1 buat pasukannya.