TIMBUL isu sebaik sahaja Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memilih pengadil Poland, Szymon Marciniak untuk mengadili aksi final Piala Dunia 2022 antara Argentina dan Perancis Ahad malam.
Marciniak menjadi pengadil Poland pertama yang mengadili perlawanan akhir Piala Dunia. Dia akan disokong oleh Pawel Sokolnicki dan Tomasz Listkiewicz sebagai pembantu.
Pegawai keempat ialah Ismail Elfath dari Amerika Syarikat dan Tomasz Kwiatkowski dari Poland akan bertanggungjawab ke atas VAR.
Nama Marciniak tiba-tiba menjadi tumpuan kerana dianggap tidak menguntungkan pasukan Argentina. Dia mempunyai kenangan buruk bersama Argentina dalam Piala Dunia tahun ini.
Marciniak adalah pengadil yang turut mengadili perlawanan Argentina dan Australia pada Pusingan 16. Ketika itu, Marciniak memutuskan untuk enggan memberikan penalti kepada Argentina apabila tangan pemain Australia, Keanu Baccus terkena bola dalam kotak penalti.
2011: Became a FIFA referee
2018: Refereed at first #FIFAWorldCup tournament
2021: Took time out due to a heart illness
2022: Appointed as referee for the #FIFAWorldCup FinalWhat a journey for Szymon Marciniak 👏 pic.twitter.com/SUDueP0Ayz
— FIFA.com (@FIFAcom) December 16, 2022
Pengadil yang memiliki sijil FIFA pada 2011 juga menjadi saksi kegagalan Argentina untuk menang di Piala Dunia.
Empat tahun lalu di Rusia, Marciniak mengadili Argentina menentang Iceland. Marciniak menyaksikan Lionel Messi terlepas sepakan penalti dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Sepanjang kariernya, Marciniak telah beberapa kali diamanahkan mengetuai perlawanan penting.
Pada Euro 2016, Marciniak mengadili tiga perlawanan. Marciniak juga mengetuai saingan Piala Super Eropah 2018 yang menghimpunkan pemain Real Madrid dan Atletico Madrid.
One intresting fact:
Tomasz Listkiewicz (AR2) is the son of Michał Listkiewicz – the line refree who has refereed in the final 1990 FRG vs Argentina. In 1990 there was Maradona on the pitch. Now we have Messi. In 1990 Argentina lost 0-1. pic.twitter.com/gu4mDac6Wk— Mateusz Tomczak 🇵🇱🕊💙💛 (@chucktomczak) December 15, 2022
Nama-nama pengadil yang dikeluarkan turut dikaitkan dengan figura ketua persekutuan pengadil Poland, Michal Listkiewicz, bekas hakim yang menjadi penjaga garisan pada Piala Dunia Itali 1990 ketika Argentina berdepan Jerman.
Sebagai hakim ketika itu, beliau menyaksikan kekalahan 0-1 Argentina kepada Jerman menerusi jaringan penalti.
Sementara itu, FIFA memilih pengadil yang mewakili tuan rumah Qatar, Abdulrahman Al-Jassim untuk mengadili perlawanan perebutan tempat ketiga antara Croatia lawan Maghribi, malam ini.
Beberapa pengadil di Piala Dunia 2022 telah mendapat kritikan atas persembahan mereka dalam pusingan kalah mati. Salah seorang daripada mereka ialah Antonio Mateu Lahoz yang memberikan 15 kad kuning kepada pemain pada suku akhir Argentina menentang Belanda.
Sebaliknya, Persekutuan Bola Sepak Maghribi juga telah memfailkan aduan kepada FIFA berhubung prestasi pengadil Cesar Ramos apabila tewas kepada Perancis di separuh akhir.