REAL Madrid membelasah Manchester City dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi Khamis.
Perlawanan baru sahaja berlangsung tiga minit, Kylian Mbappe sudah membuka jaringan untuk pasukan tuan rumah dengan kedudukan 1-0. Hantaran panjang yang tepat daripada Raul Asencio berjaya dikejar Mbappe.
Ruben Dias gagal menghalang bola, manakala John Stones yang cuba mengawal pergerakan Mbappe tidak berdaya.
Penyerang sensasi Perancis itu melakukan penyudah yang tajam, membuatkan Ederson tidak mampu menyelamatkan gawangnya.
Man City berusaha bangkit, namun Los Blancos menjadikan keadaan lebih sukar untuk The Citizens. Pemilik 15 gelaran Liga Juara-Juara itu benar-benar menunjukkan kelas tersendiri dalam bertahan.
Keunggulan 1-0 dirasakan belum mencukupi buat anak buah Carlo Ancelotti. Jude Bellingham dan rakan-rakan terus mengasak bagi menambah kelebihan.
1, 2, 3.
Kylian Mbappé. 🥶 pic.twitter.com/uDx9ZMnd8p
— TC (@totalcristiano) February 19, 2025
Kehebatan Mbappe terserlah sekali lagi apabila bekas pemain AS Monaco itu menjaringkan gol kedua Madrid pada minit ke-34. Dalam proses gol tersebut, Vinicius Jr dan Rodrygo turut memainkan peranan penting sebelum Mbappe melepasi kawalan lawan dan menyempurnakan jaringan.
Mendahului dua gol pada separuh masa pertama, Madrid tidak mengambil langkah terburu-buru. Mbappe dan rakan-rakan mengekalkan intensiti permainan di babak kedua.
Selang 16 minit selepas babak kedua bermula, Mbappe melengkapkan hatriknya. Pemain pertahanan Man City gagal mengawal pergerakan individu Mbappe, membolehkan bintang Perancis itu mencatat jaringan ketiganya sekaligus memberikan Madrid kelebihan 3-0.
🏁 @RealMadrid 3-1 @ManCityES
⚽ 4' @KMbappe
⚽ 33' @KMbappe
⚽ 61' @KMbappe
⚽ 90'+2' Nico González pic.twitter.com/kZfhNcRUzN— Real Madrid C.F. (@realmadrid) February 19, 2025
Vinicius Jr berpeluang menambah jaringan, tetapi percubaannya sama ada tersasar atau dihalang Ederson.
Pada masa kecederaan babak kedua, gawang Madrid akhirnya dibolosi oleh Nico Gonzalez.
Keputusan 3-1 pada perlawanan timbal balik ini menjadikan agregat 6-3 memihak kepada Real Madrid, sekali gus mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.
Di pusingan seterusnya, Madrid bakal berdepan sama ada Atletico Madrid atau Bayer Leverkusen.