Select Page

Sejarah tiga pengadil wanita adili perlawanan Jerman-Costa Rica

Sejarah tiga pengadil wanita adili perlawanan Jerman-Costa Rica

PENGADIL dari Perancis, Stephanie Frappart mencipta sejarah apabila menjadi pengadil wanita pertama mengadili aksi pusingan akhir Piala Dunia membabitkan perlawanan Kumpulan E antara Costa Rica bertemu Jerman.

Dia yang tampil sebagai pengadil keempat bagi perlawanan Mexico menentang Poland sebelum ini, ‘naik pangkat’ lagi.

Frappart, 38, mengetuai barisan pengadil yang sepenuhnya wanita, kali pertama pada Piala Dunia lelaki di Stadium Al Bayt dibantu Neuza Back dari Brazil dan Karen Diaz (Mexico).

Kali pertama, ketiga-tiga pengadil wanita adili perlawanan bola sepak Piala Dunia lelaki, pada perlawanan antara Jerman menentang Costa Rica.

Frappart melakar sejarah apabila menjadi pengadil wanita pertama mengendalikan aksi Ligue 1 pada 2019 membabitkan pertembungan antara Amiens dan Strasbourg.

Pada tahun yang sama juga, dia mengendalikan aksi Piala Super UEFA antara Liverpool dan Chelsea, menjadi wanita pertama mengadili aksi utama bola sepak lelaki Eropah.

Pada 2020, dia menjadi wanita pertama mengadili aksi Liga Juara-Juara apabila bertugas pada perlawanan antara Juventus dan Dynamo Kyiv.

“Piala Dunia lelaki adalah pertandingan paling penting di dunia,” kata Frappart.

Stephanie Frappart (kiri) dan pembantu pengadil dari Mexico Karen Diaz berjalan di atas padang sebelum perlawanan Jerman-Costa Rica dimulakan. Pict: Getty

“Saya pengadil pertama di Perancis dan Eropah, jadi saya tahu bagaimana untuk mengendalikannya (perlawanan di Piala Dunia),” katanya.

Tahun lalu, dia menjadi wanita pertama mengendalikan Kelayakan Piala Dunia ketika Belanda berdepan Latvia selain turut mengadili final Coupe de France antara Nice dan Nantes, tahun ini.

“Kami tahu tekanan. Tapi kami tidak akan ubat diri kami. Tenang, fokus dan tidak boleh terjejas, saya tak fikir sangat apa media katakan, hanya fokus atas padang.

“Ini adalah isyarat jelas FIFA dan badan berkuasa bola sepak terhadap pengadil wanita,” kata Frappart lagi.

Dia turut memenangi Anugerah Pengadil Wanita Terbaik Dunia sebanyak tiga kali yang diberikan oleh Persekutuan Sejarah Bolasepak dan Statistik Antarabangsa (IFFHS).

Video Terkini

Loading...