SKUAD olahraga negara menuju ke Sukan SEA Thailand 2025 dengan misi realitistik, harapan menaiki podium dalam acara pecut termasuk acara riben biru, 100 meter (m) dan acara tumpuan 4x100m lelaki di temasya edisi ke-33 itu.
Tanpa penyertaan pemilik rekod kebangsaan, Azeem Fahmi, fokus berebut pingat terarah kepada Danish Iftikhar Muhammad Roslee yang memegang catatan terbaik semusim 10.26 saat (s), sekali gus menjadi nadi baru pecut negara.
Ketua jurulatih, Manshahar Abdul Jalil menegaskan bahawa acara pecut bakal menjadi gelanggang paling sengit di Sukan SEA apabila pesaing utama seperti Thailand dan Indonesia turut menurunkan pelari terbaik mereka.

Danish Iftikhar muncul pelari pecut kedua terbaik negara tahun ini, selepas melakukan catatan 10.26s dalam acara pecut 100m lelaki, enam saat perlahan berbanding Azeem Fahmi (10.20s).
“Persaingan di Bangkok nanti akan menentukan siapa juara kerana semuanya boleh berlaku dalam ‘split second’ dan tidak ada sesiapa pun yang boleh dianggap pemenang atas kertas,” katanya Manshahar, baru-baru ini.

Catatan terbaik semasa pelari pecut 100m lelaki Asia Tenggara.
Menyedari cukup berat untuk pelari pecut negara mencabar emas terutamanya dengan kehadiran jaguh pecut Asia Tenggara, Puripol Boonson dari Thailand dan Lalu Muhammad Zohri (Indonesia), namun peluang menaiki podium tetap ada kerana catatan terbaik Danish musim ini berada pada posisi gangsa manakala Jonathan Nyepa, keenam.

Ketua jurulatih olahraga negara, Mohd Manshahar Abdul Jalil optimis dengan kemampuan pelari pecut dan mengharapkan kejutan dapat dicipta.
Untuk musim ini, Puripol mencatatkan masa 10.15s di kedudukan pertama Asia Tenggara diikuti Lalu (10.21s), Danish (10.26s), Marc Brian Lous dari Singapura (10.31s) dan Jonathan (10.40s).

Catatan terbaik semasa kuartet 4x100m lelaki Asia Tenggara.
Menyifatkan Danish sebagai aset masa depan, Manshahar percaya pelari berusia 20 tahun itu mampu cipta kejutan dalam penampilan pertamanya di pentas Sukan SEA.
Selain itu, Danish dan Jonathan juga akan memperkuat kuartet 4x100m lelaki bersama toga lagi pelari, Pengiran Aidil Auf Hajam, Aliff Iman Mohd Fahimi dan Khairul Hafiz Jantan.
Berdasarkan catatan terbaik 2025, Thailand unggul dengan masa 38.78s, diikuti Singapura (39.63s) dan Malaysia (39.68s).