KEPUTUSAN Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang membenarkan penggunaan sembilan pemain import dalam saingan Liga Malaysia 2023 (Liga-M) pastinya menghadirkan saingan sengit dikalangan pasukan yang bertanding.

Pentas saingan yang dijadualkan berlangsung 23 Februari depan pastinya dinantikan semua penyokong dan peminat bola sepak tempatan terhadap pasukan masing-masing.

Ketika ini rata-rata semua pasukan sedang menjalani latihan pra musim sebagai persediaan termasuklah membawa beberapa pemain import untuk diuji sebelum diserapkan bersama pasukan.

Ketika ini dikatakan beberapa pasukan masih belum mempunyai senarai pemain import yang lengkap antaranya Selangor FC, Kedah Darul Aman FC dań beberapa pasukan lain lagi.

Peranan pemain import khususnya dijentera serangan amatlah penting dalam sesebuah pasukan, melihatkan situasi ini kami kongsikan beberapa penyerang import yang pernah beraksi Liga-M dan masih belum memiliki pasukan untuk musim ini.

Ifedayo bukanlah nama asing dalam saingan Liga M 2023.

Ifedayo Olusegun

Kemelut kewangan dan pengurusan yang dihadapi Melaka United FC menyaksikan penyerang import kelahiran Nigeria, Ifedayo Olusegun menyebabkan bisa selaku peledak terhenti.

Bersama skuad Hang Tuah dalam situasi pasukan bergelut sepanjang musim, Ifedayo masih berjaya membuktikan kemampuan dengan menjaringkan tujuh gol dalam 15 penampilan Liga Super.

Prestasi tersebut pastinya menjadi satu tarikan kepada pasukan Liga Malaysia yang masih berhasrat untuk menajamkan lagi barisan serangan untuk musim akan datang.

Kemungkinan Ifedayo kembali semula ke Selangor FC dilihat sedikit sukar memandangkan Gergasi Merah Kuning telah mendapatkan penyerang kelahiran Ghana, Rauf Salifu.

Namun reputasi dimilikinya selaku penjaring terbanyak Liga Super 2020 dan 2021 dilihat satu kelebihan yang ada pada dirinya yang mampu menjadi pelaris buat pasukan baharu.

Persaingan antara kedua-dua pemain prolifik ini merupakan pentas perebutan terhangat sepanjang saingan Liga Super di Malaysia. Dalam perlawanan terakhir malam tadi, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi secara sah menempa nama sebagai penjaring terbanyak bagi saingan Liga Super 2021.

Pada musim 2020, Ifedayo berjaya meledak sebanyak 12 jaringan dan setahun kemudian 26 gol untuk menewaskan penyerang JDT, Bergson da Silva.

Da Silva pernah bekerjasama dengan Nafuzi ketika menyarung jersi Terengganu FC.

David Da Silva

Cemerlang membantu Terengganu FC ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2021, penyerang kelahiran Brazil, David da Silva berhijrah ke Indonesia untuk menyertai Persib Bandung.

Bersama Persib Bandung, pemain berusia 33 tahun itu menjaringkan 14 gol dalam 17 penampilan Liga 1 Indonesia dan membantu pasukan menduduki tangga ketiga liga.

Jadi, dengan prestasinya masih berada di tahap teratas, tidak mustahil Da Silva kembali beraksi dalam slingan Liga M 2023.

Mungkin Kedah bakal menjadi persinggahan seterusnya memandangkan dia pernah bermain dibawah bimbingan Nafuzi Zain ketika di Terengganu.

Persoalan yang mungkin menghalang adakah pengurusan Sang Kenari bersedia untuk membayar pampasan mendapatkannya.

Spasojevic sudah lima musim bersama Bali United dan ini memungkinkannya mencari suasana baharu.

Ilija Spasojevic

Penyerang kelahiran Montenegro, Ilija Spasojevic yang berjaya menjaringkan satu gol ketika aksi kedua Kumpulan A piala AFF 2022 berdepan Brunei di Stadium Cheras, Kuala Lumpur dilihat memiliki prospek untuk berkelana di Malaysia.

Mendapat taraf naturalisasi bersama Indonesia pemain berusia 35 tahun ini merupakan antara penjaring terbaik Liga 1 Indonesia selepas dia mencetak 10 gol setakat ini bersama Bali United.

Ketika Piala AFF 2022 sebelum ini, skuad Garuda dibanjiri beberapa pemain naturalisasi dan warisan yang jelas membawa perubahan terhadap prestasi pasukan.

Namun peranannya bersama kelab dilihat tidak menjadi apabila masih tidak dapat membawa pasukan meneruskan pencapaian muncul juara liga pada 2022 setelah hanya berada di tangga kelima selepas 19 perlawanan.Antaranya,

Sebelum ini pemain berkenaan pernah mewakili Melaka United dan dikhabarkan bersama Kelantan sebelum membuat keputusan disaat-saat akhir menyertai Bali United.

Bersama Bali United hampir lima musim, dia pastinya terbuka untuk berhijrah bagi mendapatkan cabaran baharu dalam suasana berbeza.