BAKAT muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin yang dianggap sebagai aset terbaik untuk Harimau Selatan diramal menjadi kapten pasukan itu pada masa depan.

Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim percaya kemampuan pemain pertahanan berketinggian 1.8 meter selepas kerap membarisi skuad utama di bawah kendalian Esteban Solari musim ini.

“Beliau (Feroz) satu hari nanti pasti menjadi kapten JDT,” katanya dalam program segmen Nindia Bola bersama Hafizal Hamad di Astro Arena malam ini.

Musim lepas, dia sering bermain di pasukan JDT II dan JDT III tetapi dinaikkan pangkat ke skuad utama ketika dibawah tunjuk ajar  Hector Bidoglio dan membantu JDT menyapu bersih trofi utama domestik tahun 2022.

Malah, Feroz kini berada di Korea Selatan bagi memperkuatkan kem JDT berdepan Ulsan Hyundai aksi ketiga Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada Selasa.

May be an image of 6 people, people playing football, people playing American football, studded shoes and text

Walaupun begitu, Tunku Ismail sedikit hairan mengapa jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon tidak memanggil pemainnya seperti Afiq Fazail dan Feroz Baharudin.

“Kita boleh lihat statistik Feroz pada musim ini antara yang terbaik. Jangan dilupa juga pemain seperti Hong Wan, Shahrul Saad, Syafiq Ahmad dan Syahmi Safari yang juga berkualiti untuk mewakili Malaysia,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, beliau berharap supaya  Pan-gon menggunakan sepenuhnya barisan pemain JDT dan membawa mereka untuk membantu Malaysia di Piala Asia yang berlangsung di Qatar tahun hadapan.

May be an image of 10 people, people playing American football, people playing football, studded shoes and text that says "! ASI SUKAN x KELME F MUNICH"

Sementara itu, Tunku Ismail menaruh impian besar mahu melihat skuadnya mara ke final ACL.

“Bagi saya kami masih jauh lagi. Saya ni tak suka fikir berdasarkan dengan teori ataupun angan-angan semata-mata. Saya suka buat penilaian berdasarkan dengan fakta.

“Kalau anda tanya saya di mana kami hari ini, saya rasa masih jauh lagi dalam pertandingan.

“Saya berharap satu kami dapat masuk suku akhir tetapi kalau awak cakap tahun ini adakah saya meletak sasaran yang begitu tinggi dengan ACL, tidak. Saya harap kami dapat pergi Pusingan 16.

“Kalau kita masuk Pusingan 16 dan kita cuba ke suku akhir. Tetapi untuk nak masuk peringkat 16 terakhir pun saya bagi saya tough kerana pasukan lain juga bukan calang-calang.

“Saya tak suka berangan, saya suka letak harapan kepada berdasarkan dengan realiti. Saya harap satu hari final, separuh akhirlah. Itulah impian saya,” katanya lagi.