Jose Mourinho menewaskan bekas majikannya apabila Benfica mengatasi Real Madrid 4-2 dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi, dengan gol tandukan minit kecederaan oleh penjaga gol Anatoliy Trubin memastikan pasukan Portugal itu kekal dalam saingan.

Kekalahan ketiga Madrid dalam kempen kali ini, digabungkan dengan kemenangan Barcelona, Chelsea, Sporting Lisbon dan Manchester City, menyebabkan mereka gagal menamatkan fasa liga dalam kelompok lapan teratas dan terpaksa melalui dua perlawanan play-off kalah mati.

Pengurus baharu Madrid, Alvaro Arbeloa mengakui prestasi pasukannya jauh di bawah tahap sebenar.

“Kami sedar cabarannya, kami tahu apa yang menanti dan jelas ia melebihi kemampuan kami pada malam ini.

“Saya rasa kami jauh daripada tahap sebenar yang perlu dipamerkan.

“Saya sudah sebut sejak beberapa hari lalu, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki,” katanya kepada Movistar.

Sebelum itu, Kylian Mbappe menjaringkan dua gol bagi Madrid, manakala Andreas Schjelderup menjaringkan dua gol dan Vangelis Pavlidis menyempurnakan penalti untuk tuan rumah.

Penjaga gol Benfica, Anatoliy Trubin (tengah) meraikan jaringan kemenangan bersama rakan sepasukan. (Sumber Gambar: Getty Images)

“Saya rasa kami jauh daripada tahap sebenar yang perlu dipamerkan.

“Saya sudah sebut sejak beberapa hari lalu, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki,” katanya kepada Movistar.

Sebelum itu, Kylian Mbappe menjaringkan dua gol bagi Madrid, manakala Andreas Schjelderup menjaringkan dua gol dan Vangelis Pavlidis menyempurnakan penalti untuk tuan rumah.

Bagi Mourinho, yang pernah mengurus Madrid antara 2010 dan 2013, ia adalah kemenangan pertamanya menewaskan bekas kelabnya sejak meninggalkan mereka.

“Saya rasa memang kami layak menang dan bagi Benfica, ia satu kejayaan besar menewaskan Real Madrid,” kata Mourinho.

Undian malam esok akan menentukan sama ada Benfica berdepan ulangan pertemuan dengan Madrid atau Inter Milan yang berada di tangga ke-10, kelab yang membolehkan Mourinho menjulang kejuaraan pada 2010.

“Saya tidak boleh kata saya lebih suka yang mana satu kerana ke Madrid saya suka dan sudah lama tidak ke sana, ke Milan pun saya suka dan jarang ke sana.

“Madrid dan Inter adalah pasukan yang mampu memenangi Liga Juara-Juara, manakala kami pasukan yang hanya mampu melakukan sesuatu yang luar biasa,” katanya. – AFP