AKSI suku akhir Liga Europa antara Manchester United dan Lyon semakin panas — bukan sahaja di atas padang, tetapi juga dalam perang kata-kata. Pemain tengah Olympique Lyonnais, Nemanja Matic melancarkan serangan pedas terhadap bekas kelabnya dengan menyasarkan Andre Onana, yang disifatkannya sebagai “antara penjaga gol terburuk dalam sejarah Manchester United.”

Segalanya bermula apabila Onana, dalam satu kenyataan kepada media, mendakwa pasukan United “jauh lebih baik” berbanding Lyon menjelang pertemuan mereka. Namun, komen itu nyata mengundang reaksi panas daripada Matic yang pernah beraksi lima musim bersama Red Devils. “Kalau anda antara penjaga gol paling teruk dalam sejarah kelab, anda patut jaga mulut,” tegas Matic dalam sidang media penuh emosi.

@dailymailsport

Nemanja Matic responds to Andre Onana in a SAVAGE way 😭 #manutd #manchesterunited #lyonnais #lyon #mufc #matic #onana #manunited #europaleague

♬ original sound – Daily Mail Sport – Daily Mail Sport

Matic tidak berhenti di situ. Beliau turut menyebut hanya penjaga gol seperti David de Gea, Peter Schmeichel atau Edwin van der Sar yang layak memberi komen sebegitu, bukannya Onana yang menurut statistik merupakan antara yang paling mengecewakan dalam era moden Old Trafford.

Tidak lama selepas kenyataan itu tular, Onana segera memuat naik reaksi balas di media sosial. Dalam nada yang lebih tenang tetapi tetap menyengat, penjaga gol Cameroon itu menyatakan dia tidak pernah berniat untuk menghina kelab lain, namun sempat menyindir Matic.

“Sekurang-kurangnya saya pernah menjulang trofi bersama kelab terbesar di dunia. Bukan semua orang boleh cakap begitu.” Onana turut menyertakan gambar dirinya mencium trofi Piala FA yang dimenangi United musim lalu.

Dalam pada itu, Matic tetap sempat memberikan pujian kepada pengurus baharu United, Ruben Amorim bekas rakan sepasukannya semasa di Benfica.

Matic yakin Amorim memiliki segala ciri untuk berjaya sebagai pengendali Red Devils.

“Dia perlukan masa. Masalahnya dalam bola sepak hari ini, orang tak sabar. Tapi saya percaya dia ada profil yang tepat  muda, bertenaga, dan berpotensi besar, ” katanya.

Dengan ketegangan makin memuncak sebelum sepak mula, pertembungan Lyon dan Manchester United dijangka bukan sekadar pertarungan taktikal  tapi juga pertarungan ego, reputasi dan harga diri pasukan.