SABAH FC meneruskan perkongsian berterusan bersama pengendali jenama sukan terkenal, Lotto sebagai jersi yang bakal digunakan untuk mengharungi kempen saingan Liga Malaysia 2024-25.
Pengarahnya, Mohd Joh Wid berkata penyambungan kerjasama ini adalah pilihan yang termaktub dalam perjanjian yang telah ditandatangani pada 2021 di antara Sabah FC dan Lotto.
Joh Wid yakin rekabentuk, kualiti dan pemilihan fabrik yang dipilih oleh Lotto amat sesuai dengan cuaca dan citarasa para penyokong dan peminat Sabah FC.

Lotto dan Sabah FC lanjut kerjasama
Dia juga berharap jersi yang digunakan Sabah FC untuk kempen musim 2024-25 akan terus mendapat sambutan penyokong dan peminat seperti tahun-tahun lalu.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Strategi Lotto Malaysia, Amirul Syafiq Azidin berkata mereka teruja untuk meneruskan sokongan mereka kepada Sabah FC.
Amirul berkata Sabah FC-Lotto telah bekerjasama sejak 2021 dan kini sedang membincangkan hubungan jangka pendek serta panjang yang akan membawa kedua-dua jenama ke tahap yang lebih tinggi.

Sabah FC akan menggunakan jersi jenama Lotto untuk musim 2024-25
Sejak Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai ketua jurulatih Sabah FC penghujung 2021, kelab itu telah mencapai tahap yang membanggakan apabila menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Super 2022 dan 2023 serta berjaya mara sehingga ke suku akhir Piala FA, buat kali pertama sejak 2007.
Sabah FC juga berjaya menamatkan saingan sebagai naib juara Liga Super dan mara ke suku akhir Piala FA, suku akhir Piala Malaysia dan separuh akhir Zon Asean Piala AFC 2023.
Menurut Amirul banyak kejayaan yang dilakar Sabah FC dalam masa yang singkat dan berharap kerjasama ini akan dapat diteruskan.