Kredit Gambar: Thomas Coex/AFP

ENGLAND mencipta kejutan besar apabila menewaskan juara dunia, Sepanyol 3-2 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA  di Stadium Metropolitano, Madrid awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad kendalian Thomas Tuchel menamatkan rekod tanpa kalah Sepanyol selama 43 perlawanan.

Kapten England, Harry Kane membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada penghujung babak pertama selepas beliau dijatuhkan Pau Cubarsi di dalam kawasan penalti.

England terus menggandakan kelebihan menerusi tandukan Ezri Konsa pada minit ke-53 sebelum Ben White menambah gol ketiga hanya empat minit kemudian untuk meletakkan The Three Lions selesa mendahului 3-0.

Spain’s forward #10 Lamine Yamal fights for the ball with England’s midfielder #17 Morgan Rogers during the UEFA Nations League – League A day 6 group 3 – football match between Spain and England at Metropolitano Stadium in Madrid on November 15, 2026. (Photo by Javier SORIANO / AFP)

Bagaimanapun, perlawanan berubah apabila Elliot Anderson dilayangkan kad merah selepas mengasari Lamine Yamal sekali gus memberikan Sepanyol peluang merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mikel Oyarzabal.

Nico Williams kemudian menghidupkan peluang La Roja apabila meledak gol kedua pada minit ke-75 namun England berjaya mempertahankan kelebihan mereka sehingga wisel penamat meskipun diasak hebat oleh tuan rumah.

Kemenangan berharga itu bukan sahaja menyaksikan England muncul juara Kumpulan 3 Liga A malah memberikan isyarat jelas kemampuan skuad Tuchel untuk mencabar pasukan terbaik dunia menjelang saingan suku akhir UEFA Nations League.