“SEBENARNYA  kita ada banyak aspek yang membawa kepada perubahan bola sepak kita. Tetapi pasukan kita tidak akan berada di mana kita ada sekarang. Kita perlu berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) disebabkan beliau, 10 tahun lepas 2013 yang membuat perubahan macam-macam dari aspek dari segi fasiliti dan standard liga kita.

“Kalau bukan kerana beliau kita tidak berada di tempat sekarang. Tetapi apa yang penting saya sebagai pemain kelab dan pemain kebangsaan sekarang berharap akan ada lagi orang-orang seperti Tunku Mahkota Johor dapat membantu pasukan kelab sendiri.

“Dan sudah tentu apabila kelab bagus, pasukan kebangsan akan lebih bagus. Tunku Mahkota Johor orang yang memulakan membantu aspek pasukan kebangsaan.”