SAINGAN Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2024, menjadi pentas terbaik buat skuad SMK Gunung Rapat, dari Perak sebagai persediaan mengharungi kempen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) tahun hadapan.

Ketua jurulatihnya Mohd Kamil Hakimie Mohd Nazri berkata, prestasi dipamerkan anak didiknya dalam Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia, layak mendapat pujian.

“Ini adalah permulaan untuk kami bersedia untuk tahun depan bagi mengharungi saingan bolasepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) kerana ia adalah penanda aras segalanya.

Aksi antara SSN Perak (SMK Gunung Rapat) menentang JDT B-14.

“Kredit saya berikan kepada pemain pemain. Ada pasang surut sepanjang musim ini kerana pemain pemain baharu mengenali dunia bolasepak yang sebenarnya dan Liga KPM adalah antara yang tertinggi di Malaysia dan semua pemain pemain mahu bermain dengan pasukan pasukan seperti Akademi JDT (SMK Taman Desa), Akademi Mokhtar Dahari, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) kerana ia memberi pengalaman berharga untuk mereka,”kata Mohd Kamil.

SMK Gunung Rapat menamatkan Kumpulan A dikedudukan kelapan dengan 14 mata sekaligus gagal untuk menempatkan diri ke saingan Piala Menteri Pendidikan Malaysia edisi 2024.

Dalam pada itu, SMK Taman Desa yang juga merupakan Akademi Johor Darul Takzim (JDT) memasang impian untuk memburu keputusan positif di Piala Menteri Pendidikan Malaysia kelak.

Pengendalinya, Rodolfo Pereda Villa akan memastikan kelemahan pemain diperbaiki sebelum turun beraksi di peringat suku akhir nanti.

“Sudah tentu kami berpuashati dengan prestasi pasukan berada ditangga kedua kumpulan tetapi perlu tumpukan terutama menjaringkan gol seperti yang berlaku pada hari ini (Sabtu), kami mendapat empat atau lima peluang tetapi hanya menjaringkan satu gol. Tetapi kemenangan dan tidak dibolosi juga adalah penting.” Kata Rodolfo Pereda

Terdahulu SMK Taman Desa menamatkan saingan Kumpulan A ditangga kedua selepas melakar kemenangan tipi 1-0 ke atas SMK Gunung Rapat dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada Sabtu yang berlangsung di Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Mohd Fahim Akmal Zulkarnain di masa tambahan sebelum tamat separuh masa pertama.

“Perak (SMK Gunung Rapat) menunjukkan permainan yang baik, tahniah diucapkan kepada barisan kejurulatihan dan pemain pemain. Walaupun sudah tidak berpeluang untuk mara ke suku akhir, tetapi mereka bermain dengan serius dan professional,” tambah Rodolfo Pereida lagi

Lima pasukan dari Kumpulan A dan tiga pasukan daripada Kumpulan B 100PLUS Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun 2024 akan bersaing bagi merebut Piala Menteri Pendidikan Malaysia edisi 2024.