PEMAIN tengah Brazil dari kelab Palmeiras, Danilo sah menyertai Nottingham Forest dengan bayaran kira-kira 16 juta pound (RM83 juta)

Pemain berusia 21 tahun itu menyertai pasukan City Ground, yang merupakan pemain ke-13 dalam Liga Perdana Inggeris, dengan perjanjian selama enam setengah tahun.

Danilo memenangi dua Copa Libertadores dan gelaran Serie A Brazil 2022 bersama Palmeiras.

“Saya akan menunjukkan banyak keazaman dan keinginan kuat untuk menang dan akan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik di atas padang untuk mencapai keputusan positif.

“Saya teruja untuk memulakan dan bertemu rakan sepasukan baharu saya, sangat gembira dapat memenuhi impian bermain dalam EPL bersama Nottingham Forest.

“Saya belajar sedikit tentang sejarah kelab dan melihat mereka telah memenangi dua Piala Eropah,” tegas Danilo.

Danilo muncul dalam senarai di Palmeiras dan membuat 141 penampilan untuk kelab itu.

Pengarah sukan Nottingham Forest, Filippo Giraldi berkata, Danilo adalah bakat hebat yang akan menjadi aset hebat untuk masa kini dan masa depan Nottingham Forest.

Danilo adalah pembelian kedua Forest pada jendela perpindahan Januari, selepas rakan sepasukan Palmeiras Gustavo Scarpa berpindah ke City Ground secara percuma.