Select Page

Al Hilal ke pentas final Piala Dunia Kelab

Al Hilal ke pentas final Piala Dunia Kelab

PASUKAN dari Arab Saudi, Al Hilal melangkah ke pentas final Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Flamengo, 3-2 pada aksi separuh akhir, awal pagi Rabu.

Salem Al-Dawsari menjadi wira membawa pasukan ke final dan bakal menentang juara satu lagi separuh akhir antara juara Eropah, Real Madrid dan wakil Mesir, Al Ahly.

Gol pertama  Al-Dawsari hadir pada minit keempat yang menyempurnakan sepakan penalti selepas Luciano Vietto dikasari pertahanan Flamengo, Matheuzinho.

Namun lawan menyamakan kedudukan menerusi Pedro untuk memastikan perlawanan kembali seimbang dengan keputusan 1-1.

Ketika babak pertama bakal ditamatkan dengan seri 1-1,  Al-Dawsari sekali lagi meletakkan pasukan didepan pada masa kecederaan juga menerusi sepakan penalti.

Pentas final semakin menjadi milik Al Hilal apabila Vietto menjaringkan gol ketiga pasukan ketika perlawanan berbaki 20 minit ditamatkan sebelum Pedro sekali lagi menjaringkan gol kedua peribadi dań pasukan namun belum cukup untuk mencipta kebangkitan buat juara Copa Libertadores itu.

Video Terkini

Loading...