BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berpeluang cerah mara ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris, selepas undian suku akhir menyaksikan mereka diundi menentang pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, esok.
Berdasarkan rekod pertemuan, pasangan negara yang berada di ranking kesembilan dunia itu, memiliki kelebihan 2-1 berbanding pasangan Korea Selatan yang menghuni tangga kelapan dunia.

Kim Won Ho-Jeung Na Eun menjadi penghalang kepada Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mara lebih jauh.
Berdasarkan kedudukan ranking mahupun rekod pertemuan, pertembungan antara Tang Jie-Won Ho-Na Eun dijangka sengit.
Kedua-duanya bertemu kali pertama pada Terbuka Jerman 2023 yang menyaksikan pasangan negara tunduk 20-22, 14-21.
Namun pada dua pertemuan berikutnya, Tang Jie-Ee Wei menang 21-14, 21-13 di Kejohanan Badminton Asia 2023 di Dubai dan Terbuka China 2023 (21-15, 15-21, 21-18).

Undian suku akhir bagi badminton beregu campuran di Sukan Olimpik Paris.
Sementara itu, undian lain menyaksikan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang muncul naib juara kumpulan D, akan berdepan rakan senegaranya dari China, Zheng Si Wei-Huang Yaqiong yang juga pilihan utama.
Wakil Jepun, Yuta Watanabe yang berada di ranking kelima dunia akan berdepan pasangan ranking keenam, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand.
Pasangan nombor 2 dunia dari Korea, Seo Seung Jae-Chae Yoo Jung pula akan berdepan pasangan ketujuh dair Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dalam usaha merebut tiket ke separuh akhir.