FOTO : MOHD IZARI ROSLI

PENJAGA gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim muncul wira Sang Penyu membantu pasukannya mara ke final Piala FA selepas mengalahkan Selangor 4-2 menerusi sepakan penalti.

Rahadiazli cemerlang menafikan sepakan Aliff Haiqal Lokman dan Yazan Al-Arab sebelum Shahrulnizam Roshasni menyudahkan sepakannya untuk kemenangan sensasi buat tuan rumah.

Game malam ni macam mimpi. Dua kali saya berhadapan situasi yang besar. Yang pertama masa kat Vietnam di Sukan SEA. Ini kali kedua Alhamdulillah berpihak kepada Terengganu.

“Saya nak berterima kasih kepada ayah yang menjadi sumber inspirasi. Dia banyak ajar saya tentang sepakan penalti, dan bagi motivasi. Jangan terlalu banyak gerak,” katanya yang terbayang wajah ayah ketika berdepan empat sepakan penalti Selangor.

Reaksi puas Rahadiazli yang berjaya menampan sepakan penalti Selangor.

Yeah.. Aku ‘save’ bola mu.