KETUA Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif meletakkan tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun buat Hakim Danish Ramli untuk meraih gelaran dalam kejuaraan yang bakal disertai musim 2023.
Musim ini, Hakim yang juga pelumba program pembangunan bakat SIC berjuang dalam dua kejuaraan – Asia Talent Cup (ATC) dan European Talent Cup (ETC) dan Kejuaraan Red Bull Rookies Cup 2023.
Azhan Shafriman berkata, Hakim perlu untuk berada dikelompok pertengahan dałam setiap kejohanan yang disertai musim 2023.
“Sebenarnya kita tidak mahu berikan tekanan kepadanya, cuma apa yang boleh saya katakan, dia perlu pergi ke peringkat lebih tinggi pada setiap kejohanan yang disertai dalam tempoh dua atau tiga tahun.
“Seandainya kejohanan itu disertai 30 pelumba sekurang-kurangnya perlu berada dikelompok 15 terbaik,” katanya di SIC, hari ini.
Dalam perkembangan berasingan, selaku penganjur dan promoter sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) mengambil langkah proaktif bagi memprosi Grand Prix MotoGP Malaysia Petronas 2023 apabila menawarkan tiket diskaun bagi menyaksikan perlumbaan itu tahun ini.
“Sebenarnya kita sudah mula menjual tiket early bird untuk saingan Moto GP (Malaysia). Jadi untuk sesiapa yang nak dapat diskaun mereka boleh beli sekarang
“Promosi ini akan berlangsung sehingga April. Jadi selepas April kita akan mula dengan harga promosi yang lain,”katanya.
Harga promosi yang ditawarkan SIC untuk kejuaraan yang berlangsung 10 November hingga 12 November ini dijual bermula dengan harga RM544 bagi tempat duduk premier dan serendah RM93.75 bagi tempat duduk biasa.