Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil, bersedia menerima tekanan dan jangkaan tinggi daripada penyokong Selangor FC.

Beliau yang berusia 43 tahun telah mengambil alih tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe untuk mengendalikan pasukan Selangor FC menjelang musim 2024-2025.

Dengan kehadiran beliau, peminat Selangor FC pastinya memiliki harapan yang tinggi terhadap prestasi pasukan Gergasi Merah. Walau bagaimanapun, Nidzam tidak merasakan tekanan tersebut sebagai suatu aura negatif namun menganggap sebagai pendorong untuk terus memberikan yang terbaik.

“Dalam situasi di Selangor, tekanan dan jangkaan besar dari peminat adalah perkara biasa. Ini adalah budaya kita untuk memajukan pasukan, dan saya rasa tekanan itu adalah sesuatu yang positif,” ujarnya dalam temubual di Padang Latihan SUK, Shah Alam.

Latihan pramusim Selangor FC bersama Nidzam Jamil telah bermula pada malam Sabtu.

Walaupun pengalaman beliau tidak sebanyak yang lain, Nidzam berazam untuk menyajikan perlawanan dan keputusan yang baik untuk Selangor FC.

“Ya, saya akui kurang pengalaman. Mungkin ini pengalaman pertama saya di peringkat Asia, tetapi saya sangat gembira dan bersemangat untuk menghadapi cabaran ini. Saya yakin hanya hasil yang akan menilai seorang jurulatih,” katanya.

 

Sebelum ini, Nidzam berperanan sebagai penolong jurulatih kepada Michael Feichtenbeiner pada tahun 2022 dan Cheng Hoe pada musim lalu.

Kini, beliau menyambut cabaran sebagai ketua jurulatih Selangor FC dengan penuh semangat.