KEHANGATAN Anugerah Bolasepak Kebangsaan kian terasa apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan tiga calon terakhir bagi kategori penyerang terbaik.
Kategori ini menjadi bualan ramai dek kerana pemain diminati ramai, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim tercalon dalam kategori ini selain Darren Lok yang melengkapi senarai akhir.
Bagi Arif, ini merupakan musim terbaiknya setakat ini. Beliau mempamerkan aksi yang cukup cemerlang sepanjang musim dan semestinya beliau tidak akan berhenti improve dirinya untuk menjadi bintang generasi baharu Johor Darul Ta’zim FC dan Malaysia.

Arif Aiman merupakan permata terbaharu dalam bolasepak di Malaysia.
Dia telah mencatat 12 gol serta 11 bantuan gol, terbanyak dalam satu musim setakat ini. Dia juga telah memenangi 38 fouls dan mempunyai 45.5 peratus sepakan tepat ke gol dalam 24 penampilan liga.
Arif membantu kelabnya untuk merangkul empat piala iaitu Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.
Prestasi Arif yang cukup baik telah membuat pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk lakukan lebih baik daripadanya.

Faisal Halim merupakan ayam tambatan buat pasukan The Red Giants.
Faisal juga mempamerkan aksi yang cukup memukau sepanjang musim dan ia boleh dikira sebagai pembelian yang berbaloi oleh The Red Giants yang berjaya menandatangani pemain itu dari Terengganu FC.
Dia telah mencatat 12 gol serta lapan bantuan gol, juga terbanyak dalam satu musim setakat ini. Dia juga telah memenangi 25 fouls dan mempunyai 65.2 peratus sepakan tepat ke gol dalam 23 penampilan liga.
Faisal turut membantu Selangor FC untuk melayakkan diri ke AFC Champions League 2 (nama sebelumnya Piala AFC) dengan berada di kedudukan ke-2 dalam liga.

Darren Lok kekal konsisten dihadapan pintu gol meskipun umurnya yang semakin meningkat.
Darren Lok pula meneruskan rentak yang dibawanya dari PJ City FC ke Sabah FC dengan konsisten mendatangkan bahaya didepan pintu gol lawan.
Darren yang berusia 33 tahun itu kekal sebagai satu-satunya penyerang tulen negara yang konsisten dari awal hingga akhir musim.
Dia telah mencatat 6 gol dan satu bantuan gol serta memenangi 21 fouls dan mempunyai 62.5 peratus sepakan tepat ke gol dalam 19 penampilan liga.
Darren turut membantu Sabah FC untuk berada di tempat ketiga terbaik dalam liga musim lalu.