KEHANGATAN Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) diteruskan lagi dengan pengumuman tiga calon terakhir bagi kategori pemain tengah terbaik yang diumumkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) semalam.

Antara calon pilihan untuk memenangi anugerah  itu ialah pemain tengah Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue.

Paulo Jouse merupakan tonggak paling penting dalam skuad The City Boys dimana diat telah memainkan peranan sebagai kapten pasukan tersebut.

Paulo Josue sudah bersama The City Boys sejak 2017 lagi.

Dia telah berjaya membawa KL City FC ke tiga perlawanan akhir dalam semua kejohanan secara berturut-turut, memenangi Piala Malaysia pada 2021 sebelum menjadi naib juara untuk kejohanan Piala AFC pada 2022 dan Piala FA pada 2023.

Musim lepas, Paulo telah mencatat 11 gol serta lima bantuan gol dalam 23 penampilan liga. Dia juga melakukan 26 fouls dan mendapat hanya 4 kad kuning dalam saingan liga.

Paulo berjaya membawa pasukan Kl City FC ke kedudukan ke-7 dalam liga dan juga berjaya membawa pasukannya ke peringkat akhir Piala FA.

Baki dua calon dalam kategori ini merupakan pemain daripada pasukan Johor Darul Ta’zim iaitu Afiq Fazail dan Hong Wan.

Afiq Fazail merupakan watak penting untuk bahagian tengah The Southern Tigers. (Sumber Gambar: FB Johor Southern Tigers)

Kedua-dua pemain ini merupakan watak penting di bahagian tengah pasukan JDT FC. Afiq disifatkan sebagai seorang ‘jeneral’ di dalam pasukan dimana beliau akan merancang serangan dan pertahanan untuk pasukan.

Hong Wan pula merupakan seorang pemain tengah defensif yang berjaya berada di dalam kesebelasan utama pasukan selepas prestasi yang cukup menggagumkan dimana beliau mengganti tempat Natxo Insa yang menghadapi kecederaan.

Afiq tidak mencatat sebarang gol mahupun bantuan gol tetapi beliau telah melakukan 12 fouls serta berjaya memenangi tujuh fouls dalam 18 penampilan liga musim lalu.

Hong Wan merupakan bekas pemain akademi Wolverhampton Wanderers FC.

Hong Wan juga tidak mencatat sebarang gol mahupun bantuan gol tetapi dirinya telah melakukan 20 fouls serta berjaya memenangi 29 fouls dalam 26 penampilan liga musim lalu.

Kedua-dua pemain berjaya membantu kelabnya untuk merangkul empat piala iaitu Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Penonton boleh sama-sama menonton siaran langsung pengumuman tersebut hanya melalui saluran Astro Arena 801.

Sama-sama kita nantikan siapakah pemenang bagi kategori ini untuk tahun ini!