ONG Xin Yee muncul pemain paling menyinar pada kejohanan Badminton bawah 18 tahun (B-18) Kebangsaan, apabila meraih kejuaraan berganda pada aksi yang berlangsung di Dewan BA Kedah, di Alor Star.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur yang bakal menyambut ulangtahun ke-18 Oktober depan, memonopoli acara wanita apabila muncul juara perseorangan dan beregu wanita.

Pemain yang memegang status pilihan utama itu menjuarai perseorangan wanita, dengan menewaskan rakan sepasukan, Oo Shan Zi di final dengan keputusan 21-18, 21-11 dalam masa 35 minit.

Kedua-dua pemain yang dibezakan dengan pengalaman dan usia itu, pasti beroleh pengalaman berharga pada kejohanan kali ini sebelum naik ke skuad senior kebangsaan.

Selain menjuarai acara perseorangan wanita, Ong Xin Yee turut merangkul kejuaraan beregu wanita bergandingan dengan Lim Zhi Shin.

Dalam pada itu, kejuaraan kedua tidak hadir dengan mudah buat Xin Yee yang bergandingan dengan pemain lebih muda, Lim Zhi Shin.

Mereka yang diletak selaku pilihan ke-3/4 kejohanan dalam beregu wanita, berdepan pilihan ke-5/6, Clarissa San-Maisarah Ramdan dipaksa beraksi dalam rubber set dengan keputusan 21-19, 13-21, 21-10, untuk melengkapkan kejuaraan berganda.

“Saya amat teruja menjuarai dua kategori kerana ia meningkatkan semangat untuk saya sasarkan pingat pada Kejohanan Remaja Asia akan datang.

“Ketika ini saya amat fokus meningkatkan kekuatan fizikal dan mendapatkan konsistensi dalam pukulan,” kata Xin Yee.

Maisarah Ramdan menebus kehampaan dalam beregu wanita, apabila menjuarai acara beregu campuran bersama Goh Yi Qin.

Begitupun, Maisarah mengubati kekecewaannya dalam beregu wanita dengan meraih satu gelaran ketika berpasangan dengan Goh Yi Qin dalam beregu campuran.

Mereka yang mewakili Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berdepan pasangan Datu Anif Isaac Datu Asrah-Dania Sofea Zaidi diberi tentangan sengit sebelum menang 21-17, 21-17 dalam masa 33 minit.

Sementara itu, Roslie Razeeq Danial mengungguli perseorangan lelaki dengan menewaskan Ayu Fu Sheng dalam pertarugnan selama 53 minit.

Wan Abdul Latif Hakimi Wan Abdul Khalid-Yusnunle Muhamad Dennes dari Kelantan memecah monopoli pemain BAM apabila menjuarai beregu lelaki, menewaskan Heng Zi Hin-Damien Ling.

Roslie menang set pertama 21-17, terpaksa akur 17-2 sebelum bangkit memenangi set penentuan dengan keputusan 21-8.

Nasib berbeza dialami satu lagi wakil BAM, Heng Zi Hin-Damien Ling yang terpaksa akur kepada kehebatan pasangan Kelantan, Wan Abdul Latif Hakimi Wan Abdul Khalid-Yusnunle Muhamad Dennes.

Wan Abdul Latif Hakimi-Yusnunle muncul juara beregu lelaki setelah mengatasi pasangan BAM itu, 20-22, 21-18, 21-16.