MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mahu semua pihak bertenang dan beri ruang kepada FAM menyelesaikan rayuan dengan FIFA sebelum sibuk mencadangkan pelbagai siasatan.

“Sekarang banyak cadangan muncul di media sosial, semua orang ada idea, tapi kita kena ikut proses,” katanya pada Kem Klinik Liga Sepak Takraw (STL) di Akademi Sepaktakraw Malaysia.

Menurutnya, tindakan membuat siasatan (lain) sebelum proses rayuan selesai hanyalah ‘jumping the gun’ dan boleh mengganggu proses rasmi.

Tidak perlu siasatan lain sebelum FIFA selesaikan isu dengan FAM – Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan

“Lengkapkan rayuan dulu, baru fikir siasatan atau penambahbaikan,” ujarnya.

Hannah menegaskan, KBS percaya semua pihak mahukan bola sepak negara kembali bersih dan dihormati dunia.

“Setakat ini, FAM tak perlukan bantuan KBS, mereka ada peguam sendiri dan lebih arif dengan peraturan FIFA,” katanya.

Mengulas dakwaan FAM tersilap muat naik fail kepada FIFA, Hannah ringkas menjawab: “Itu tanya FAM. Kalau setiap hari mereka komen dan saya balas, kerja saya tak habis.”