PEMAIN sayap Harimau Malaya, Faisal Halim, meluahkan rasa kegembiraannya selepas kembali menjaringkan gol bersama skuad kebangsaan dalam kemenangan 3-1 ke atas Laos pada aksi  kelayakan Piala Asia 2027  khamis lali

Faisal menamatkan kemarau jaringan untuk Harimau Malaya selama 623 hari dimana kali terakhir ketika seri menentang Korea Selatan di Piala Asia Qatar.

“Hampir dua tahun saya bermain tanpa membuat jaringan, saya akhirnya kembali menemui sentuhan gol bersama pasukan kebangsaan.”

“Saya diberi peluang oleh jurulatih untuk membuktikan kemampuan saya, dan saya bekerja keras untuk mencapai sasaran serta kembali ke prestasi terbaik,” katanya ketika sidang media pra-perlawanan.

 

Faisal turut memberikan penghargaan kepada rakan sepasukan yang banyak memberi sokongan sepanjang tempoh sukar itu.

“Terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang sentiasa menyokong dan memberi motivasi kepada saya. Ini adalah satu permulaan baharu untuk saya terus memberikan yang terbaik bersama pasukan kebangsaan,” tambahnya.

Beliau dalam masa sama turut menyeru penyokong Harimau Malaya agar membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan kepada skuad negara menjelang perlawanan menentang Laos malam esok.

“Saya berharap semua rakyat Malaysia, semua penyokong Harimau Malaya, akan datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok untuk memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan.”

“Kami benar-benar memerlukan sokongan anda, kami perlukan pemain ke-12 di belakang kami.”

“Kami mahu menunjukkan bagaimana pasukan kebangsaan layak ke Piala Asia seperti tahun-tahun sebelum ini, apabila begitu ramai penyokong memenuhi stadium. Sebagai pemain, apabila kami menerima sokongan seperti itu, kami berasa sangat bangga.”

“Saya berharap Stadium Nasional Bukit Jalil akan penuh dengan penyokong Malaysia esok,” katanya penuh semangat.

Pasukan Harimau Malaya akan menentang Laos malam esok pada pukul 9 malam.