PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola mempunyai ‘idea gila’ untuk menewaskan seteru utama mereka, Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.

Ia bermakna Guardiola akan lebih berhati-hati dengan pemilihan pemain ketika bertemu Southampton dalam aksi Piala EFL , Rabu depan.

“Saya gembira berdepan United kerana saya mempunyai pemikiran , idea yang agak gila berdepan Red Devils,” jelasnya.

Manakala, pengurus Manchester United , Erik ten Hag merupakan jurulatih keempat yang ditemui sepanjang kendaliannya bersama Manchester City apabila United sering menukar jurulatih sebelum ini.

United telah kehilangan tujuh mata dalam 10 pertemuan Liga Premier dan telah menang empat pertemuan terakhir mereka.

Bagaimanapun, pertemuan kali terakhir menjadi milik Manchester City dengan kemenangan 6-3 di Etihad pada Oktober 2022.