BELUM rezeki Selangor FC melangkah ke pentas akhir Piala FA apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Terengganu FC.
Namun bagi penyerangnya, Nor Hakim Hassan mereka tidak mudah patah semangat dan berjanji kembali bangkit dalam pertandingan seterusnya.
“Perlawanan malam ini memang ternyata tiada rezeki dan inilah bola sepak orang kata.
“Apabila kita dapat bertahan 120 minit tu kira kita syukur Alhamdulillah.
“Lepas tu sepakan penalti masing-masing, ada tekanan dan tak boleh kata apalah.
“Mungkin rezeki Terengganu untuk ke final. Setakat ini Selangor dah buat yang terbaik.
“Harap-harap kita kena kembali bangkit walaupun luka, kalah malam ni tak bermakna kita akan jatuh selamanya,” katanya.

Nor Hakim cuba merapati Faisal Halim semasa pertemuan separuh akhir Piala FA 2022 pada Sabtu.
Menurut pemain berusia 30 tahun kelahiran Kuala Terengganu ini, fokusnya sekarang terarah kepada saingan baki Liga Super.
“Lepas ni bangkit balik harungi liga dan akan buat lebih baik kejohanan Piala Malaysia akan datang,” ujarnya yang bersama Selangor sejak musim 2020.