PENYERANG kebangsaan, Faisal Halim berjaya menamatkan kemarau golnya bersama Harimau Malaya ketika aksi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 bertemu Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim.
Momen bermakna itu berlaku pada minit ke-41 selepas dia berjaya menewaskan tiga pemain lawan di hadapan gol sebelum merembat masuk menggunakan kaki kirinya.
Sejurus itu, Faisal terus membuat gaya ‘Siuu’ sebelum sujud syukur, gembira dengan jaringannya itu.
Sebagai rekod, pemain baharu Selangor FC ini berjaya merekodkan gol pertama bersama Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun 2022 bertemu Turkmenistan.