FOTO : Harini FT
HARINI Selangor FT perlu meneruskan momentum kemenangan apabila berdepan Imigresen FC di Stadium UiTM Shah Alam pada Jumaat.
Kekalahan 2-3 kepada Perlis United di Stadium UPM, Serdang tempoh hari menjadi panduan berguna untuk skuad The Eagle merencanakan strategi lebih berkesan kali ini.
Pertembungan ini dijangka lebih menarik apabila kedua-dua pasukan memiliki misi yang sama iaitu memburu tiga mata.
Harini FT perlu menjinakkan Imigresen seandainya ingin terus memberi tekanan buat KL Rovers yang berada ditangga teratas Liga MBSB Bank Championship 2023.
Bagi Imigresen pula, kemenangan akan melonjakkan kedudukan ditangga kedua mengatasi Harini FT.
Buat para penyokong yang tidak berpeluang hadir ke stadium, boleh menonton pertemuan ini menerusi Youtube Amateur Football League malam esok.