PASUKAN bola sepak lelaki dan wanita pekak Malaysia mendapat slot automatik sebagai negara tuan rumah untuk bertanding dalam Kejohanan Bolasepak Pekak Dunia ke-4 yang akan diadakan di Malaysia pada 23 September hingga 7 Oktober 2023.

Pada pengundian peringkat kumpulan yang telah dilangsungkan di Shah Alam pada Isnin, pasukan bola sepak pekak lelaki negara diundi dalam Kumpulan A bersama Turkeye dan Mesir.

Satu lagi negara dalam kumpulan A akan diketahui pada Mac tahun depan.

Bagi pengundian kumpulan wanita, Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama Poland, Australia dan China. Satu lagi negara dalam kumpulan A akan diketahui kemudian.

Majlis pengundian ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Teknikal (TD) International Committee of Sports for the Deaf (ICSD), Brice Alain yang mewakili ICSD.

Kedudukan setiap kumpulan negara-negara yang bertanding selepas selesai pengundian adalah seperti berikut :
Kumpulan bola sepak lelaki

KUMPULAN A
1. Malaysia
2. Turkeye
3. (Akan diketahui Mac 2023)
4. Mesir

KUMPULAN B
1. England
2. Thailand
3. Mali
4. (Akan diketahui Mac 2023)

KUMPULAN C
1. Greece
2. China
4. Chile
5. Cameroon

KUMPULAN D
1. Perancis
2. Australia
3. Senegal
4. (Akan diketahui Mac 2023)

KUMPULAN E
1. Jepun
2. Ukraine
3. Amerika Syarikat
4. Gabon

KUMPULAN F
1. Jerman
2. Arab Saudi
3. Iran
4. Argentina

Kumpulan bola sepak wanita

KUMPULAN A
1. Malaysia
2. Poland
3. Australia
4. (Akan diketahui Mac 2023)
5. China

KUMPULAN B
1. Jepun
2. Nepal
3. Turkeye
4. England
5. Amerika Syarikat