SELARAS dengan komitmen berterusan jenama kepada komuniti dan inklusiviti dalam sukan, adidas Malaysia mengumumkan kerjasama menarik dengan Professional Footballers Association Malaysia (PFAM) untuk melancarkan adidas Malaysia Girls Football Program (AMGFP).

Dengan matlamat untuk mencipta peluang yang sama rata bagi bakat bola sepak kanak-kanak perempuan di negara ini, setiap peserta akan diberi inspirasi untuk melupakan tekanan luaran demi minat yang mendalam terhadap bola sepak, dengan sokongan adidas.

Program ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur dengan kunjungan mengejut legenda bola sepak, David Beckham yang turut berlatih bersama-sama kanak-kanak dalam program ini yang disesuaikan untuk kanak-kanak perempuan berusia 9-14 tahun.

“Adidas sentiasa kekal komited untuk memperhebatkan corak permainan atlet dan tiada cara yang lebih baik untuk melakukannya selain dengan membangunkan bakat-bakat muda negara.

“Melalui program ini, ianya akan membentuk platform di mana kanak-kanak perempuan yang bakal bermain untuk negara boleh berkembang, meningkatkan kemahiran mereka, dan menjadi sebahagian daripada komuniti yang meraikan minat yang mendalam terhadap bola sepak,” jelas Sharmin Photographer, Pengurus Negara adidas Malaysia.

AMGFP juga adalah satu pencapaian besar dalam pembangunan sukan di Malaysia kerana buat pertama kalinya, sebuah jenama pakaian sukan besar menaja suatu program yang begitu meluas untuk pembangunan kanak-kanak perempuan dalam sukan bola sepak.

Kapten Pasukan Kebangsaan Bola Sepak Wanita Kebangsaan, Steffi Sarge Kaur, adalah salah seorang pakar yang akan menyumbang masa dan kepakaran bagi menyokong inisiatif yang hebat ini.

Setiap peserta juga akan mendapat akses kepada peralatan dan kelengkapan latihan adidas bagi memastikan mereka bersedia sepenuhnya untuk permainan yang akan datang.