PEMAIN tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz tidak akan mengambil bahagian di Terbuka Australia selepas mengalami kecederaan otot kaki kanan dalam latihan pra musim di Sepanyol.
“Ketika saya berada dalam posisi terbaik pra musim, saya alami kecederaan pula kerana melakukan pergerakan yang tidak sepatutnya dalam latihan. Kali ini otot semimemberanosus pada kaki kanan,” kata Alcaraz menerusi ciapan di Twitternya.
I'd worked so hard to get to my best level for Australia but unfortunately I won't be able to play the Care A2+ Kooyong or the Australian Open. It's tough, but I have to be optimistic, recover and look forward. See you in 2024 @AustralianOpen ❤️
— Carlos Alcaraz (@carlosalcaraz) January 6, 2023
Sambil mengakui, sudah berkerja keras melakukan persiapan terbaik menjelang Terbuka Australia, malangnya tidak dapat beraksi.
Sementara itu, akaun Twitter rasmi kejohanan Terbuka Australia turut membuat ciapan: “Kami mohon maaf kerana tidak dapat menonton aksi anda tahun ini @carlosalcaraz. Doakan kamu segera pulih. Jumpa lagi di gelanggang secepat mungkin.”

Carlos Alcaraz memenangi Grand Slam pertamanya di Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.
Bintang berusia 19 tahun itu meraih gelaran utama yang pertama di Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, sekali gus menjadikannya pemain lelaki paling muda menduduki takhta nombor satu dunia.
Sebelum memulakan kerjaya Grand Slamnya, dia terlepas aksi Final ATP dan Piala Davis kerana kecederaan abdominal yang diperoleh di Masters Paris.

Aksi memukau Carlos Alcaraz menjadikannya pemain lelaki termuda menaiki takhta nombor satu dunia pada usia 19 tahun.
Alcaraz mengambil alih takhta nombor satu dunia daripada Daniil Medvedev dari Russia, selepas menewaskan Casper Ruud dari Norway pada final Terbuka AS September tahun lalu.
Sejak itu, peminat tenis dunia sentiasa menantikan bintang pemain muda ini untuk terus menyinar di Melbourne Park, yang dijangkakan akan bertemu juara sembian kali Terbuka Australia Novak Djokovic atau juara bertahan yang juga rakan senegara, Rafael Nadal.