JARINGAN dramatik Ajdin Hrustic pada minit ke-84 mengekalkan impian Australia beraksi di Piala Dunia dan kini akan bertemu Peru slot play-off untuk layak ke Qatar.
Australia melakar kemenangan 2-1 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mengekalkan harapan lolos ke pusingan akhir Piala Dunia kelima berturut-turut.
Pasukan Graham Arnold kini hanya tinggal satu perlawanan lagi di Stadium Al Rayyan pada 14 Jun untuk memastikan tempat di Qatar.
Kekalahan dialami UAE menyebabkan penyokongnya sedih yang berharap sangat pasukan kebangsaan mereka bermain dalam kejohanan sukan bola sepak paling berprestij di dunia.