JUARA Eropah, Real Madrid tidak berdepan masalah melangkah ke pentas final Piala Kelab Dunia Fifa selepas mudah mengatasi juara Mesir, Al Ahly, 4-1.
Gol kemenangan Real Madrid dijaringkan Vinicius Junior, Fede Valverde, Rodrygo dan Sergio Arribas.
Juara Eropah itu mendahului sebelum tamat babak pertama menerusi Vinicius pada minit ke-42 dan Valverde meledak sejurus bermula babak kedua.
Al Ahly yang merupakan pemenang Liga Juara-Juara Afrika 10 kali merapatkan kedudukan hasil sepakan penalti yang disempurnakan Ali Maaloul pada minit ke-65.
Rodrygo menambah jaringan pada waktu kecederaan hasil gandingan dengan Dani Ceballos manakala pemain remaja, Arribas melengkapkan kemenangan.
“Mereka sentiasa ada di sana untuk memberikan kata-kata semangat.
“Adalah sesuatu yang istimewa dapat menjaringkan gol dan meraikan dengan mereka, kini kami perlu berehat dan bekerja keras untuk menang final,” jelas pemain tengah Real Madrid, Valverde.