ITALI dan Argentina akan berentap pada aksi Finalissima 2022, awal pagi Khamis.

Perlawanan antara pemenang Eropah dan juara Amerika Selatan ini akan berlangsung di Stadium Wembley, London, bermula jam 2.45 waktu Malaysia.

Itali adalah juara Euro 2020 (yang dimenangi pada tahun 2021). Gli Azzurri muncul juara selepas menang penentuan penalti mengalahkan England dalam saingan final di Wembley.

Manakala, Argentina adalah juara Copa America 2021. Di pentas final, La Albiceleste menang 1-0 ke atas Brasil menerusi gol tunggal Angel Di Maria.

Uniknya, trofi Copa America 2021 itu sendiri merupakan pingat pertama daripada kapten Lionel Messi untuk negaranya.

Setelah menjuarai Copa America, Messi dan kawan-kawan juga berjaya memastikan tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 zon kelayakan Amerika Selatan. Pencapaian dilakar Argentina ini cukup berbeza dengan Itali.

Sebagai juara Euro 2020, Italia terus mengalami anti-klimaks. Giorgio Chiellini dan kawan-kawan gagal mara ke Qatar 2022. Mereka disingkirkan Macedonia Utara peringkat play-off kelayakan Eropah.

Itali dan Argentina kali terakhir bertembung pada perlawanan ujian tahun 2018. Ketika itu, Itali tewas 0-2. Gol Argentina dijaringkan oleh Manuel Lanzini dan Ever Banega.

Barisan kemungkinan :

Itali (4-3-3): Donnarumma; Emerson, Chiellini, Bonucci, Di Lorenzo; Verratti, Jorginho, Barella; Insigne, Scamacca, Zaniolo

Jurulatih: Roberto Mancini

Argentina (4-3-3): Emiliano Martinez; Acuna, Otamendi, Romero, Molina; Lo Celso, Guido Rodriguez, De Paul; Di Maria, Lautaro Martinez, Messi

Jurulatih: Lionel Scaloni

Head-to-Head

Pertemuan: 15
Itali menang: 6
Gol Itali: 22
Seri: 5
Argentina menang: 4
Gol Argentina: 15

5 Pertemuan Terakhir

23-03-2018 Itali 0-2 Argentina (Persahabatan)
14-08-2013 Itali 1-2 Argentina (Persahabatan)
28-02-2001 Itali 1-2 Argentina (Persahabatan)
03-07-1990 Itali 1-1 Argentina (Piala Dunia)
21-12-1989 Itali 0-0 Argentina (Persahabatan)

5 Perlawanan Terakhir Itali (M-S-S-K-M)

10-10-21 Itali 2-1 Belgium (UNL)
13-11-21 Itali 1-1 Switzerland (Kelayakan Piala Dunia)
16-11-21 Ireland Utara 0-0 Italia (Kelayakan Piala Dunia)
25-03-22 Itali 0-1 Macedonia Utara (Kelayakan Piala Dunia)
30-03-22 Turki 2-3 Itali (Persahabatan)

5 Perlawanan Terakhir Argentina (S-M-M-M-S)

17-11-21 Argentina 0-0 Brazil (Kelayakan Piala Dunia)
28-01-22 Chile 1-2 Argentina (Kelayakan Piala Dunia)
02-02-22 Argentina 1-0 Colombia (Kelayakan Piala Dunia)
26-03-22 Argentina 3-0 Venezuela (Kelayakan Piala Dunia)
30-03-22 Ecuador 1-1 Argentina (Kelayakan Piala Dunia)