TATKALA peminat menjangkakan aksi hebat bakal disaksikan dalam perlawanan melibatkan gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, namun sebaliknya berlaku setelah mereka jelas beraksi di bawah kemampuan sebenar.
Bagaimanapun, kesilapan ketara jelas ditunjukkan sebelah pihak dalam perlawanan tersebut apabila Izzuddin acap kali melakukan kesilapan mudah ketika bermain secara ‘drive’.
Ketika ditanya media, dia menegaskan punca kesilapan tersebut berlaku adalah disebabkan kelemahan dari segi mental mereka apabila berdepan pasangan dari negara seberang Indonesia itu.
“Saya tak cukup bersedia dari segi mental. Mungkin sebab saya terlalu memikirkan kelebihan lawan dari keupayaan kami sendiri,” kata Izzuddin selepas perlawanan.
Sementara itu, Sze Fei berkata mereka telah melakukan sebaik mungkin namun rezeki tidak menyebelahi mereka pada hari ini sekaligus menyaksikan mereka tersungkur kepada gandingan ketujuh dunia dari Indonesia itu.
” Kita telah berusaha sebaik mungkin namun ia bukan hari untuk kami, tetapi kami akan berusaha lebih selepas ini,” tambah Sze Fei.
Selepas ini, mereka akan terus berbincang dengan jurulatih bagi mengenalpasti kekurangan dan mendapatkan semula sentuhan berbisa mereka.
Kekalahan itu menyaksikan jurang kekalahan ‘head to head’ dilebarkan kepada enam kekalahan kepada gandingan tersebut sambil hanya berjaya menang sekali sebelum ini ketika berdepan lawan dari Indonesia itu.