BANK Muamalat bakal melakar satu detik bermakna apabila membenarkan pekerja-pekerjanya memakai jersi pasukan Harimau Malaya ke pejabat pada 15 Januari 2024.
Perkara ini menjadi salah satu tanda sokongan terhadap pasukan kebangsaan kerana mereka telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 untuk kali pertamanya dalam tempoh 42 tahun.
Jadi, amatlah gembira dan teruja jika melihat keghairahan rakyat Malaysia terhadap pasukan Harimau Malaya ini tercermin di tempat kerja, khususnya Bank Muamalat sendiri.
Membenarkan pekerja menyarung jersi pasukan kebangsaan ke pejabat pada 15 Januari 2024 akan menandakan satu peristiwa bersejarah dan istimewa bagi negara, memandangkan pasukan kebangsaan akan berentap dengan pasukan Jordan untuk pertemuan pertama Kumpulan D Piala Asia Qatar 2023.
Inisiatif seumpama ini jelas dapat membina sikap bekerjasama dan bersatu padu di kalangan para pekerja sekali gus menyumbang kepada semangat kebangsaan dalam arena sukan.
Semoga langkah seperti ini mampu menawan hati syarikat-syarikat lain di Malaysia untuk bersama menyemarakkan sokongan terhadap wira-wira kita yang akan beraksi di pentas Piala Asia 2023!