PASANGAN beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai, memulakan kempen Yonex Sunrise India Open 2025 dengan penuh bergaya apabila menewaskan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy dan Lisa Ayu Kusumawati, dalam pusingan pertama kejohanan tersebut.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama 36 minit, pasangan negara itu mempamerkan aksi mantap untuk mencatat kemenangan straight set, 21-17, 21-17.

Kombinasi taktikal yang mantap dan keupayaan untuk membaca permainan lawan memberikan mereka kelebihan sepanjang perlawanan.

Kejayaan ini bukan sahaja mengukuhkan reputasi mereka sebagai salah satu pasangan beregu campuran terbaik Malaysia, tetapi juga memberi keyakinan tinggi untuk terus mara dalam kejohanan ini.

Goh Soon Huat dan Shevon Lai kembali menemui rentak kemenangan selepas kecewa tewas kepada pasangan dari Thailand di Terbuka Malaysia minggu lalu.

Soon Huat dan Shevon Lai, yang kini berada dalam prestasi terbaik, berjaya mengawal rentak permainan sejak awal perlawanan.

Ketangkasan dan keserasian mereka di gelanggang nyata sukar digugat oleh Rinov dan Lisa, yang terpaksa akur dengan kehebatan pasangan Malaysia itu.

Yonex Sunrise India Open 2025 merupakan salah satu kejohanan penting dalam kalendar badminton dunia, dan kemenangan ini memberi peluang kepada Goh dan Shevon untuk mencipta impak lebih besar di pentas antarabangsa.

Menanti mereka esok adalah wakil Jepun, Yuta Watanabe-Maya Taguchi yang turut layak selepas menewaskan satu lagi beregu profesional negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien 21-17, 21-15.