PARA penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Borussia Dortmund Malaysia beruntung apabila boleh menyaksikan aksi kedua-dua kelab gergasi ini dengan harga tiket bermula serendah RM10 sahaja.
Ini selepas JDT mengumumkan jualan tiket bagi perlawanan persahabatan kelab antarabangsa itu yang bermula Ahad, 13 November 2022 menerusi laman sosial rasmi kelab hari ini.
Tambah menarik, pemegang pas bermusim JDT diberikan kemasukan percuma ke Stadium Sultan Ibrahim sebagai salah tanda kesetiaan kepada kelab dan juga antara faedah yang diperolehi.
Tickets for the international club friendly between Johor Darul Ta'zim FC (JDT) and Borussia Dortmund on 28 November 2022 will be for sale on https://t.co/u6ZgntP5qf from November 13, 2.00pm onwards. Each fan is allowed to purchase four tickets only.
[1/2] pic.twitter.com/nZralCYTqM
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 12, 2022
Borussia Dortmund yang dalam rangka lawatan ke negara-negara ASEAN bakal berhadapan juara sembilan kali berturut-turut Liga Super pada 28 November 2022 dan ini adalah kali kedua kedua-dua kelab ini bertemu selepas 2015 lalu.
Ini juga peluang buat para peminat Borussia Dortmund di negara ini untuk sama-sama hadir ke stadium yang canggih di negara ini bagi menyaksikan kelab kesayangan mereka beraksi di hadapan mata.
Selain JDT, Dortmund bakal bertemu Lion City Sailors di Singapura sebelum mengakhiri Jelajah Asia Tenggara menentang pasukan kebangsaan Vietnam di Hanoi.