LIMA presiden persatuan sukan negara diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai ketua kontinjen Malaysia bagi lima temasya utama antarabangsa dalam tempoh dua tahun akan datang.
Pelantikan itu diumumkan Majlis Olimpik Malaysia selepas cadangan berkenaan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Eksekutif badan induk itu pada 10 Mac lalu.
Keputusan tersebut turut mendapat persetujuan serta pengesahan daripada Menteri Belia dan Sukan Mohammed Taufiq Johari bagi memastikan perancangan kontinjen negara lebih tersusun.

Bagi cabaran di Sukan Asia 2026 dari 19 September hingga 4 Oktober ini, Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan dipilih mengemudi kontinjen negara.
Sementara Sukan Komanwel 2026 yang berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos pula, dipimpin Presiden Persatuan Lawn Bowls Malaysia, DatukAwalan Abdul Aziz.
Sementara itu, temasya Sukan SEA 2027 menyaksikan dua individu dilantik mewakili wilayah berbeza iaitu Presiden Persekutuan Taekwondo Malaysia (WTF) Azizul Annuar Adenan bagi Malaysia Timur.
Bagi Malaysia Barat pula, tanggungjawab itu diberikan kepada Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (MBF) Datuk Mohamad Iruan Zulkefli.

Dalam perkembangan sama, Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (MWF), Datuk Chong Kim Fatt dilantik sebagai ketua kontinjen bagi Sukan Pantai Asia 2026 dari 22 hingga 30 April ini.
Bagi Sukan Olimpik Remaja 2026, kontinjen negara akan diketuai bekas atlet wushu kebangsaan Wong Weng Son.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pelantikan awal itu penting bagi memastikan persiapan kontinjen negara dapat dirancang secara lebih sistematik.