MENJELANG beberapa hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya sepak mula Piala Asia Qatar 2023, pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mendedahkan lima senarai bintang muda terbaik yang bakal mencuri perhatian.
Walaupun pemain antarabangsa seperti Son Heung-min, Mehdi Taremi, Ali Mabkhout dan Wataru Endo menjadi antara nama paling berprofil tinggi dalam aksi Piala Asia edisi ke-18 ini, AFC juga merasakan bahawa beberapa bakat pemain muda yang akan beraksi nanti dapat mencipta satu sejarah baru kelak.
Dan tidak menyangkal lagi kehebatan yang ada pada pemain muda Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi yang turut menjadi pilihan dalam senarai ‘5 of The Best: Young Stars’ yang dikeluarkan oleh AFC.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh AFC, Arif Aiman mempunyai satu kekuatan yang tidak dipunyai oleh pemain-pemain lain terutama di Malaysia mahupun di kelabnya, Johor Darul Ta’zim.
Pemain sayap berusia 21 tahun itu berjaya menjaringkan 12 gol dan 13 bantuan jaringan sekali gus membawa pasukannya kepada gelaran juara Liga Super Malaysia untuk musim ke-10 berturut-turut.
Arif juga merupakan antara tonggak utama dalam skuad Malaysia apabila menyumbang empat jaringan dalam kemenangan 10-0 Malaysia menentang Papua New Guinea dalam perlawanan persahabatan pada bulan Jun.

Kelayakan Piala Dunia 2026 /Piala Asia 2027 diantara Malaysia dan Republic Kyrgyz yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil,16 November 2023
AFC juga turut mengimbas pkemenangan 4-3 ketika Malaysia menentang Republik Kyrgyz dimana Arif melakar ‘assists’ secara hatrik dalam perlawanan kelayakan bersama pusingan awal untuk Piala Dunia FIFA 2026 dan Piala Asia AFC Arab Saudi 2027.
Diberi keistimewaan dari segi kepantasan dan corak pergerakan kaki ‘footwork’ untuk melepasi pemain pertahanan, bintang muda milik kelab JDT itu boleh membuktikan bahawa dirinya merupakan senjata kuat untuk Kim Pan-gon kembali melakar sejarah dalam kempen Piala Asia nanti.
Sementara itu, empat lagi pemain muda yang menjadi tumpuan adalah Lee Kang-in dari Korea Selatan, Abbosbek Fayzullaev pemain paling bernilai dari Uzbekistan, Takefusa Kub dari Jepun dan Ali Jasim dari Iraq.